Mengenai Hawa

Siapa Hawa?

Hawa adalah sebuah marketplace dalam talian khusus untuk usahawan wanita di Malaysia. Kami mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemilik perniagaan wanita di Malaysia. Hawa akan berfungsi sebagai bilik pameran maya anda.

Hawa menghubungkan ‘business to business’ (B2B) dan ‘business to consumers, (B2C). Kami membolehkan perniagaan diiklankan secara dalam talian untuk dilihat oleh lebih ramai pelanggan. 

Siapa yang layak untuk menyertai Hawa?

Hawa adalah untuk semua peniaga wanita yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang inginkan produk atau perkhidmatan mereka diketahui ramai.  Tidak kira sama ada perniagaan anda kecil atau besar, ataupun hanya lah seorang individu yang menjalankan bisnes secara sambilan atau kecilan, anda layak menyertai kami.