soalan yang sering ditanya

Hawa adalah sebuah marketplace dalam talian khusus untuk usahawan wanita di Malaysia. Kami mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemilik perniagaan wanita di Malaysia. Hawa akan berfungsi sebagai bilik pameran maya anda

Hawa menghubungkan ‘business to business’ (B2B) dan ‘business to consumers, (B2C). Kami membolehkan perniagaan diiklankan secara dalam talian untuk dilihat oleh lebih ramai pelanggan. 

Hawa adalah untuk semua peniaga wanita yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang inginkan produk atau perkhidmatan mereka diketahui ramai. Tidak kira sama ada perniagaan anda kecil atau besar, ataupun hanya lah seorang individu yang menjalankan bisnes secara sambilan atau kecilan, anda layak menyertai kami.

Peniaga lelaki tidak layak menyertai portal Hawa. Anda perlu menggunakan pasangan anda untuk menjadi ahli kerana portal Hawa bermatlamat memperkasakan wanita.

Kebanyakan portal marketplace hanya menyediakan kemudahan transaksi pembelian secara dalam talian sahaja kepada vendor atau peniaga, tetapi dalam masa yang sama tidak semua peniaga perlu menjalankan transaksi pembelian secara dalam talian kerana sebahagian mereka perlu menjual produk secara luar talian atas faktor-faktor tertentu. Setengah marketplace pula adalah sebaliknya.

Kami menyediakan alternatif kepada masalah ini. Hawa akan menyediakan stor dalam talian sebagai bilik pameran produk dan perkhidmatan. Dalam masa yang sama, vendor atau peniaga kami boleh menghubungkan pautan kepada pembelian dalam talian mereka sedia ada seperti Shopee, Lazada dan seumpamanya.

Ini memberikan pilihan kepada pelanggan samada untuk berhubung terus dengan peniaga atau menggunakan sistem belian dalam talian yang disediakan oleh peniaga.

Jangan sekali-kali memandang rendah kemampuan anda. Tidak kira samada kecil atau besar, antara masalah utama perniagaan ialah orang ramai tidak mengetahui tentang kewujudan perniagaan atau produk anda. Begitu juga mereka tidak mengetahui lokasi perniagaan anda.

Hawa adalah pilihan yang tepat untuk menghadirkan kewujudan perniagaan anda dan seterusnya menjana hasil jualan yang diinginkan.

TIDAK. Kami tidak menyediakan perkhidmatan pembelian secara dalam talian. Anda hanya boleh menyenaraikan produk atau perkhidmatan anda stor dalam talian kami. Hawa akan berfungsi sebagai bilik pameran maya anda

Sekiranya anda mempunyai stor pembelian dalam talian sedia ada seperti Shopee, Lazada dan seumpamanya, Hawa akan menghubungkan pautan stor anda tersebut.

Kepada yang tiada stor dalam talian sedia ada, pelanggan boleh lah berhubung dengan peniaga secara terus untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.

TIDAK. Hawa adalah portal premium dimana keahlian adalah berbayar. Kami hanya mengenakan bayaran keahlian standard iaitu RM60 setahun. Ini bermakna, anda hanya berbelanja sebanyak RM5 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan kami dan mendapat kemudahan menyenaraikan produk atau perkhidmatan anda tanpa had.

pertanyaan akaun vendor

Walaupun kos operasi yang tinggi, kami hanya mengenakan bayaran yang sangat berpatutan berbanding direktori berbayar yang lain yang mengenakan bayaran yang jauh lebih mahal dan mempunyai had pengiklanan terhad. Kami menawarkan yuran minima (RM60 untuk setahun) dan dengan nilai ini vendor boleh menyenaraikan produk dan perkhidmatan mereka tanpa had.

Dengan yuran berbayar ini juga akan memastikan semua vendor adalah tulin dan tidak palsu. Dengan itu, data dan keahlian kami adalah lebih dipercayai dan selamat berbanding laman percuma seumpamanya.

Ahli yang melanggan dengan menggunakan kupon yang disediakan oleh organisasi tertentu akan mendapat faedah dan diskaun seperti yang ditawarkan oleh kupon tersebut.

Dengan RM60 anda akan mendapat keahlian selama setahun dan boleh menyediakan profail stor anda secara serta-merta dengan kemudahan berikut:

  1. Menyenaraikan maklumat lengkap syarikat dan menetapkan nama stor anda untuk identiti website.
  2. Menyenaraikan produk atau perkhidmatan tanpa had.
  3. Menetapkan lokasi perniagaan untuk membolehkan pengguna menggunakan lokasi anda jika perlu.
  4. Pelanggan boleh menghubungi anda secara terus melalui mesej dalam talian daripada stor anda.
  5. Menghubungkan pautan marketplace sedia anda jika ada seperti Lazada, Shopee, dan lain-lain.

Kelulusan akan diluluskan serta-merta selepas bayaran dibuat.

YA. Anda boleh mengedit setiap penyenaraian anda tanpa had. Jumlah penyenaraian produk didalam stor juga tiada had. 

YA. Anda boleh keluarkan stor anda daripada Hawa pada bila-bila masa dengan menulis kepada  remove.hawa@onepage.com.my

Perlu diingat bahawa setiap bayaran yang telah dibuat adalah tidak dikembalikan dan penyenaraian semula memerlukan bayaran baru dibuat.

Inilah salah satu kelebihan laman web berbayar. Kami akan sentiasa dapat menjejaki setiap pemilik perniagaan yang sah berdasarkan maklumat bayaran yang dibuat apa berlaku apa-apa masalah.

Anda bolehlah menghantar laporan kepada  abuse.hawa@onepage.com.my ataupun menggunakan halaman Hubungi Kami.

Kami akan mengambil langkah-langkah perlu ataupun membuat laporan polis jika perlu.

Walau bagaimana pun, anda dinasihatkan berhati-hati jika berurusan dengan sebarang urusan yang melibatkan kewangan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerugian dalam urusan anda dengan vendor kami. Terus berhubung dengan kami jika ada sebarang keraguan berkenaan apa jua urusan.